Wednesday, December 1, 2010

Curlers & Trimmers w Annita...

Still remember my blog entry last month on Curlers & Trimmers Salon, Sri Hartamas?! Hmm...yeah the "Hair Make Over" thingy and the 3-Day event was a Media "Up-Close & Personal" session with CnT owner, Ms. Annita Hisham.  Here's the articles in Harian Metro, Kosmo & Today's Utusan Malaysia (focusing on Annita & CnT).  Oops! The photo below was taken before the hair cut & during hair consultation with Annita...ahaks my 'old boring hair!

Utusan Malaysia Online - Feminin


1 Disember 2010 

Annita obsess dengan rambut



Setiap pelanggan akan menjalani sesi perundingan sebelum khidmat diberikan.


MENCARI anak Melayu dalam industri dandanan rambut profesional memang sukar memandangkan industri ini lebih didominasi kaum lain.

Annita Hisham merupakan antara anak Melayu yang berjaya menembusi dominasi tersebut untuk dengan mengasaskan Artistik Curlers & Trimmers - salon rambut bertaraf eksklusif.

Curlers & Trimmers lahir daripada keinginan Annita untuk membantu wanita yang pada pendapatnya pandai bergaya dengan pakaian tetapi kurang bijak memilih gaya rambut bagi disesuaikan dengan penampilan mereka.

''Jika seseorang wanita itu boleh bersolek cantik dengan baju dan kasut yang mahal, mengapa tidak perhatikan sama ada gaya rambut sesuai atau tidak.

"Kalau boleh berbelanja besar untuk alat solek dan pakaian, kenapa tidak rambut yang menjadi mahkota wanita,'' soal Annita, 48, yang ditemui di salonnya di Desa Sri Hartamas, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Minatnya kepada bidang dandanan rambut berputik sejak usia 16 tahun lagi. Pada usia semuda itu dan dengan usaha sendiri, dia memperoleh pinjaman untuk mempelajari bidang dandanan rambut secara profesional di United Kingdom.

Kehidupan di negara orang amat perit lebih-lebih lagi apabila wang di tangan hanya cukup untuk dia bertahan bagi tahun pertama pengajian di London.

Untuk itu Annita terpaksa bekerja sambilan bagi mengumpul wang untuk dua tahun pengajian lagi.
Selepas tamat pengajian dengan keputusan cemerlang di Alan International School of Hairdressing, dia bekerja sebagai pelatih di Pierre Alexander yang terkenal kerana kerja-kerja kreatifnya.

Bagaimanapun atas permintaan bapanya, Annita kembali ke tanah air dan membeli sebuah salon rambut di Wisma Lim Foo Yong, di Kuala lumpur.

''Salon saya dibuka pada pukul 8 pagi. Setiap hari saya berjalan kaki sejauh satu batu daripada rumah bagi mendapatkan teksi atau bas ke bandar,'' kata Annita yang bekerja keras untuk sampai ke tahap sekarang.

Annita mempunyai ramai pelanggan tetap dan salon tersebut sudah tidak sesuai lagi bagi keselesaan pelanggan. Dia kemudian berpindah ke salon baru di Desa Sri Hartamas bagi kemudahan pelanggan dan berhampiran dengan rumah bapanya.

Kepakarannya mengenai rambut yang sentiasa konsisten dan memenuhi kepuasan pelanggan menyebabkan Annita mempunyai pelanggan tetap sejak 30 tahun lalu.

''Di Curlers & Trimmers, rambut pelanggan menjadi keutamaan. Pelanggan yang datang akan menjalani sesi perundingan terlebih dahulu bagi mengetahui beberapa perkara mengenai personaliti, pekerjaan, produk yang digunakan, jenis rambut, gaya rambut yang disukai, warna rambut, rawatan rambut dan sebagainya.

''Perundingan ini membolehkan seseorang mendapatkan gaya rambut dan penjagaan yang bersesuaian dengan personaliti dan gaya hidup.

''Dengan mengambil sedikit masa untuk mendengar dan bertanya soalan, juru gaya rambut di Curlers & Trimmers membentuk gaya rambut yang diingini dan memenuhi keperluan gaya hidup seseorang pelanggan.

''Setiap pelanggan mempunyai profilnya sendiri. Dalam profil tersebut ada ditulis masa yang diperlukan untuk khidmat dan harga. Jika pelanggan rasa dia tidak mampu dengan harga, saya akan cuba ikut bajetnya. Saya tidak mahu pelanggan rasa tertipu dengan memotong rambut tanpa memberitahu harga,'' kata Annita.

Menurut Annita lagi, sebelum memotong rambut pelanggan, dia akan berbincang dan memberitahu pelanggan apa yang akan dilakukan.

Dia mengakui ramai yang membuat kesilapan dengan memilih stail rambut seperti yang terdapat dalam majalah tanpa memikirkan kesesuaian daripada segi rupa paras dan tona kulit.
''Gaya rambut adalah sangat versatil. Bermacam gaya boleh dibuat dan boleh berperanan mengubah wajah seseorang," katanya.

Kejayaan yang dicapai oleh Annita menjadikannya terpilih sebagai Duta Salon untuk Redken sejak 20 tahun lalu.

Dia juga merupakan satu-satunya juru gaya Redken di Malaysia, gelaran yang diberikan kepadanya 10 tahun lalu sebagai pengiktirafan kerana kepakarannya.

 --------------/-------------------

"SELAMAT MALAM...semua"!!!


p.s:  I've one more photoshoot at CnT tomorrow.....need my beauty sleep *smiley*

2 comments:

Anonymous said...

sy nak buat rambut dkt salon akak boleh x?

Posh Alert said...

maksudnya adik ni nak buat rambut kat Curlers & Trimmers milik Cik Annita Hisham ni...boleh sangat pegilah dialu2kan kat Desa Sri Hartamas je!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...