Showing posts with label syawal. Show all posts
Showing posts with label syawal. Show all posts

Sunday, September 2, 2012

Raya Photoshoot at Serindit Photo....

We've been wanting to do something like this for years..A nice Family Potrait with Papa.  So, there we were at Serindit Photo 'White' Studio for a 20mins Family Raya Photoshoot last Saturday Aug 25, 2012.




enough with the serious pose....Camera Roll...ACTION!





Sibblings moment....








 HAPPY 62nd BIRTHDAY To PAPA..! It was actually a day earlier before his actual birth date on Aug 26.


Capturing some great moments of our small family during Aidilfitri!


 

Sunday, August 26, 2012

Jozephyne By Jovian Mandagie

Super duper love my Jozephyne, Jovian RTW....Happy Raya!


Worth the 5hours queue-ing & waiting on Aug 16 at JBoxing, Shangri-La Hotel KL.  Yes! Yellow is my colour this year ;-)



:: Posted using BlogPress from my iPad ::

Saturday, August 25, 2012

Rumah Kampung

Bila hari raya warga kota berpusu-pusulah pulang ke kampung halaman samada ke Utara, Selatan, Timur, Barat dengan satu tujuan untuk beraya bersama kaum keluarga ibu ayah adik beradik tok nenek tercinta.

Bila ada hidangan Juadah hari raya cam dodol, bahulu, ketupat daun palas, ketupat anyam tu, lemang, rendang tok, semuanya barulah terasa ke-tradisonal-an dan dapat merasa suasana di kampung halaman walaupun kebanyakan kita nama je pulang kampung tapi rumah atok ngan nenek semua rumah batu moden kat kawasan Taman jugak kan.

Itu yang membuatkan orang kat KL ni nampak je deko Raya KLCC ada rumah kampung kat tengah-tengah concourse level tu terus berebut bergambar kenangan jangan kata tourist foreigner je heran, rakyat tempatan pun suka dan ada yang tak pernah tengok a real kampung house tau! Memang Cantik & Klasik tak dapat dinafikan!

Tapi kalau tengok trend tahun ni kat FB semakin ramai pencinta rumah kampung ni sampai sanggup berdiri dalam semak nak ber-background-kan rumah kampung. Berposing kat tepi tangga, tepi tingkap segala sudut tampak klasik. Baguslah sekurang-kurangnya peninggalan tok moyang tidak dilupakan begitu saja ada jugak yang menghargai kecantikannya. Baju kebaya raya tahun ni pun dah ala-ala gaya Saloma, tulah pentingnya mengingat dan menyayangi warisan-warisan lama ni.  Sampai suatu masa suatu ketika kita akan carik balik warisan lama gaya dulu-dulu pastu terus jadi satu trend. 

Masa hari raya ketiga haritu sempat jugak berborak lama dengan Tok (kat Kedah Tok panggilan untuk nenek kalau Tok Wan - Tok lelaki) maka keluarla cerita pasal Rumah Kampung atau Rumah Tinggi ni. Dengar cara Tok bercerita je dah dapat bayangkan betapa klasiknya rumah dia dulu sebelum dirobohkan dan anak-anak buat rumah batu sekarang ni. Tiba-tiba Tok pun rasa sayang bila pikir-pikir balik hanya tinggal foto-foto lama je sebagai kenangan. Ooopss...mengimbau nostalgia Tok Mertuaku.

Tapi masih ada lagi Rumah Kampung yang dijaga rapi walaupun usianya dah lebih 70 tahun....




Di dalamnya....



Walaupun sofa-sofa agak moden....setelah perabot ditukar ganti tak pastilah pulak untuk ke berapa kalinya itu kena tanya tuan rumah....

Tapi ada lagi yang masih kekal dan masih digunakan sampai ke hari ni...GOBOK (Almari):


GOBOK klasik ni tetap menarik di hati saya lebih-lebih lagi isi di dalam segala pinggan mangkuk cawan lama...


Rasa bersyukur kami masih berpeluang untuk bersantai, bergaya, berposing di tingkap dan setiap sudut rumah ni pada bila-bila masa saja setiap kali pulang ke kampung halaman walaupun tahun ni takde la gambar kat tingkap tapi tahun sebelumnya ada la jugak hehehe...;-)

Macam 1 Syawal tahun 2009 dulu...


Hari Raya Aidil Adha pun sempat jugak...


Itulah dia Rumah Kampung yang nama glamonyer Rumah Tinggi untuk tatapan dan sekadar berkongsi dengan semua yang sudi singgah membaca...


Terima kasih atas tajaan lokasi Rumah Keluarga En. Johari (Papa mertua) & Pn. Sabariah (Mama mertua) ku ...;-)

Salam Sayang Di AidilFitri untuk seluruh keluarga Mr.Hubs. XoXo



:: Posted using BlogPress from my iPad ::

Sunday, September 11, 2011

Raya Open House....

Setiap kali Aidilfitri menjelang mestilah ramai yang buat Rumah Terbuka or "Open House" tak kiralah family, friends, companies or even clients. Sure dapat banyak invitations dalam masa dua minggu ni till end of bulan Syawal. Mulalah jalan jem sana sini especially nun kat Kayell...! Nway sempat jugak semalam pergi beraya ke rumah my ex-colleague, Cik Siti at Taman Berjaya, Gombak then Lola's bff at USJ Subang Jaya.  Yup, only two for yesterday more to come in good time ;-)












lama tak berposing di Teratak Cik Siti ni rasanya last skali 3 raya ago;-)






Lola with her 2bff - the gorgeous Ayang & the hansem Ayin






























A week ago when we had our last 'big makan' in AS before we shoot off to Kayell, my bro suddenly highlighted, "eh kakak dah lama tak ambik gambar-gambar makanan kan kalau dulu before OP sakit nak makan pun susah kena snap sana snap sini, blog jangan tak blog".  Hmmm.....what to do I was on "Sad Mode" most of the days in Ramadhan & 1st Syawal pun tak ingat nak makan dah.  Lemang, ketupat my mil bekalkan pun tak sempat jamah masa 1st day raya tu.

 masa beraya bersama my eldest bro @ Taman Golf, AS

@Sil's place...Teratak Hamka, Simpang Kuala

Majlis Raya-Aqiqah @ cuz's place, Taman Mutiara...

Wokay...dah la sikit2 kan. Nanti kalau ada lagi pix baru boleh upload & citer. 
*

*

*

*

*

*

*

*
Kenangan di Aidilfitri bersama Gramps..whom I dearly missed :-(

Raya 2009 @Istana Anak Bukit

Hugggsssss!

Thursday, September 8, 2011

Salam Syawal 1432H

I guess its not too late to wish everyone here SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN.  Hope all of you had a great Raya break with family & friends back in hometown or even here in KL. As for us there's no Raya celebration this year.....

Malam raya tahun ni dan malam-malam sebelumnya kami berdua hanya berada di Wad Bunga Raya, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar menjaga nenda (Gramps/Opi) tercinta, masa tu kesihatannya semakin merosot dan  agak kritikal sehari sebelum Hari Raya *bertemankan air mata yang tak henti-henti mengalir ketika mengenggam tangan Opi mengharapkan beliau mendengar dan dapat melihat kami di sisi*

Alhamdulillah, berkat doa dan ketentuan Allah s.w.t. kami semua masih sempat memeluk dan mencium tangan Opi serta memohon ampun di pagi Syawal ketika takbir bergema.  Terubat kesedihan di hati bila melihat beliau membuka matanya sambil tersenyum lalu mengenggam tangan kami serta dapat mendengar suara kami dan mengangukkan kepalanya :-(





...there'll be no family Raya photos with Gramps (Opi) at Istana Anak Bukit like we used to anymore  :-(

 ...walaupun dalam wad, tak menjadi penghalang untuk kami adik beradik bermaaf-maafan
*aduhai mhubs pun hanya berselipar tak sempat balik amik kasut* 

with newbie/SIL for the first time this year....

 duit raya tetap di beri...

 
Then later in the evening, Gramps condition was not stable and all of us had to accept the saddest news when he passed away on the 2nd day of Syawal at 12 midnight, 31st August 2011. Innalillahiwainalillahirajiun...

The nite we lost our beloved Gramps/Opi/Nenda *no words can describe my feelings* 


My big bro..(Ashye), me (Cheyenne) & my lil sis ( Lola) as Almarhum Opi used to call us  
paying our last respect & saying our 'goodbye' :-( 

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh nenda kami tercinta Almarhum YTM Tengku Ahmad Rayan Al-Haj.....

Mhubs, cucu menantu aka Almarhum Opi's bff...
Al-Fatihah! dari kami cucunda serta tiga dari lapan orang cicit Almarhum, Faid, Fayad & Faish :-(

 ketika di makam bersama adinda Almarhum...Tok Tengku Nawal

Tiada kata yang dapat terucap hanya tangisan dan doa mengiringi kepulangan kami dari Kota Setar apabila meninggalkan "Cendrawasih", kediaman Almarhum tempoh hari...

Terima kasih kepada semua yang hadir semasa pemakaman dan ucapan-ucapan Takziah dari seluruh kaum kerabat serta sahabat handai yang mengenali kami terutamanya my dear friend, Baze & her sis (Ir) for coming all the way from KL to visit me in AS...

  sehari selepas pemakaman di Makam Di Raja Langgar, Alor Setar Kedah Darul Aman...

Daripada Allah kita datang, kepada-NYA jua kita kembali....

AMIN...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...