Kiranya TKC ni sebagai pembuka tirai for my theatre outing 2011. Diadaptasi dari filem CINTA yang teramat popular beberapa tahun dulu mengisahkan tentang kisah 5 keajaiban cinta arahan Khabir Bhatia dan isterinya Mira Mustapha selaku penulis skrip. To be honest, I didn't watch the movie masa semua orang sebok2 pegi tengok kat wayang dulu. Errr..can't recall why?! Maybe at that time was too busy with work what else kan. Cuma masa ditayangkan kat Astro Raya movies (if I'm not mistaken) I happened to watch it itupun halfway then tetidur *oopsie* Anyhoo..I read the synopsis and lots of good reviews about the movie as well as this musical theatre.
Tuesday, 1st March - not so many people at Istana Budaya, mungkin sebab ramai yang dah lama gi tengok masa awal2 lagi ataupun some people prefer pergi tengok on the last day of the show coz they'll be something extra on the performance (usually). Masa buat booking tiket online pun masih ada beratus-ratus lagi ticket. Ticket prices range from RM300 to RM30. There's a RM3 admin charges if you book through Ticket2U.biz.
booked, paid & collected....
8:30pm...showtime!
Tiket untuk dua orang tapi memandangkan kekanda tidak berapa berminat dengan teater ni, bukan apa cuma takut dia terlelap dan terus berbunyik *#@*# kecuali teater Muzikal Tun Mahathir tahun lepas itupun tak lain tak bukan kerana Tun M...!
Cik Siti jadi partner tengok TKC @ Istana Budaya....
Siapa pelakon-pelakon utama TKC? Bagaimanakah penghayatan watak & suara nyanyian mereka dalam teater ni?
Latiff Ibrahim - sebagai Cikgu Elias
kalau nak ikutkan dah lama jugak tak tengok Latiff Ibrahim berlakon especially menyanyi. Malam tu sorakan penonton paling kuat bila dengar suara dia jadi merdu sedap je lagu-lagu tu. Watak dia sebagai orang tua yang mengidap Alzheimer Disease pun menjadi yang sentiasa lupa dan tak ingat apa yang dia buat , tak ingat orang walaupun dah banyak kali jumpa serta ada jugak dialog lucu diselitkan. Overall lakonon yang mantap!
Safura Yaacob - sebagai Rubiah
pemilik Cafe di mana Cikgu Elias selalu minum...seriously, suara Safura not bad at all, lakonan dah tentulah bagus macam kita tengok dia belakon dalam drama-drama tv. Watak ni sangat sesuai untuk dia.
Tony Eusoff - sebagai Haris
walaupun teater bahasa melayu pertama bagi Tony Eusoff, double thumbs up for him!!! He was darn good...penghayatan watak pun 101% tak boring and kaku. Bagus sangat.Norish Karman - sebagai Airin (isteri kepada Haris)
malam tu Norish hilang suara sikit *sexy voice* yelah dah 10 hari on stage kan..dia cakap pun perlahan tapi still boleh dengar, tetap tak mengganggu lakonan dia. But then I noticed dialog dia tak brapa banyak sangat pun. Tak sangka suara Norish sedap jugak.
Shajiri - sebagai Azlan (usahawan )
secara jujur dari dulu kini selamanya memang tak minat Shajiri, lakonan dia tak ada umpphhh la malam tu macam "trying so hard" and suara pun termengah-mengah di pertengahan lagu coz ada dance movement sikit. Sedikit hancurla. Rasanya ramai lagi pelakon lain lebih layak bawak watak Azlan ni.
Faradhiya - sebagai Azura (pekerja kedai buku)
she's so pretty, simple and excellent voice *ehemmm maklumla dia pakai warna PINK* btw, wardrobe diorang menarik sangat warna putih, hitam, pink, hijau, kuning, orange...nice! kay, going back to her acting and singing, she's good ! I like her...
Deja Moss - sebagai Dyan
kali pertama tengok Deja Moss berlakon teater, sebelum ni cuma tau dia seorang penyanyi tapi kalau tanya lagu-lagu dia pun tak ingat. Lakonan dia biasa-biasa je. Lagu-lagu yang dia nyanyi pun tak berapa best coz suara dia terlampau kasar. Lagu yang merdu mendayu-dayu jadi 'rock':-(
Anding - sebagai Dhani adik kepada Dyan
selalunya pelajar-pelajar AF kalau tak terkenal sebagai penyanyi diorang jadi pelakon & sesetengah diorang macam lebih elok jadi pelakon, lagi best and sesuai macam Anding contohnya. I rasa dia lebih berbakat berlakon dari menyanyi. Dalam TCK ni pun lakonan dia selamba, bersahaja dan penuh penghayatan.
Nadia Aqilah - sebagai Arianna
pernah tengok dia berlakon cerita Merah Putih @TV3 dulu...bagus cuma masa tu tak tau nama dia, then barula tau dia bekas penyanyi kumpulan Luscious (reality show MyStar LG kalau tak silap) watak dia macam ceria & gedik..really suits her. Dia nyanyi banyak jugak lagu berbanding Vince..
Vince - sebagai Taufiq
jadi nerdy..hahaha cute je bahasa melayu dia pun dah semakin improve. Tapi kecewa sikit, dia cuma nyanyi satu, dua lagu je.."I want more...!!!!" Hmmmmm suara Vince tetap hebat.
Pelakon-pelakon pembantu lain yang bagus dan menonjol, Sharifah Aleya (leya), Diddy (AF) & Qaud (AF). Props & staging cantik, menarik & teratur. Tu jelah serba sedikit komen ikhlas setelah menonton TKC, biasalah citarasa orang kan berbeza-beza ada yang suka ini ada yang suka itu. Apa2pun kena pegi tengok dan jadilah pengkritik mingikut pendapat sendiri;-)
Kepada sesiapa yang terasa nak pegi tengok TKC masih belum terlambat esok masih ada, last show... book cepat!!
Mintak maaflah ye kerana menggunakan 'bahasa rojak' dalam entry ni sebab fikiran pun dah ala-ala rojak..masih ada kesan 'food overdose' akibat Mee Siam + the two REDs (Red Velvet & Red Box) with my old frenz last nite. Peningggg ^-^ Tomorrow another round of "Makan-Makan".
Selamat bermalam minggu!
2 comments:
pelakon semua best2, mesti best ni kan.. harini lah last yer.. btw i love yr blog header.. :)
not bad..very entertaining!
Thx you;-)
Post a Comment