Sunday, December 25, 2011

Ombak Rindu....


Rasanya nilah filem melayu yang paling hangat diperkatakan semenjak ditayangkan 1 Disember 2011 hari tu, demam Nur Kasih pun tak sehebat Ombak Rindu ni dengan barisan pelakonnya yang memang mempunyai peminat berjuta-juta lemon satu Malaya terutamanya hero hansem kelahiran Singapura, Aaron Aziz ataupun Abang Hariz *dengar nama je dah mencairkan jiwa* adusss!

Kengkonon nak tunggu Astro 1st je la takut kalau-kalau filem ni hanya publisiti melebihi kualiti, kata best giler la ini itu, mana tau kan 'overated' macam ada sesetengah filem melayu sebelum ni. Tapi bila log-in je fb, twitter,baca blog kesemuanya memuji-muja kehebatan lakonan...lagu-lagu (OST) apalagi perasaan nak pegi tengok tu bagaikan dilambung ombak. Sampaikan ada antara kengkawan rapat yang tak pernah tengok crita melayu kat wayang pun siap pegi tengok.  Maka harus pergi tengok bak kata pepatah omputih "if you can't beat them, join them".  Tak kiralah walaupun di minggu terakhir tayangan, janji tak ketinggalan menonton filem paling sensasi di Malaya tahun ni.  

Hari Rabu lepas cadang nak tengok kat Pavilion lepas berposing-posing dengan buddy bears tapi telepas tayangan pukul 2 petang  yang terakhir plak untuk hari tu, tayangan seterusnya kena tunggu esoknya hmmm..memang taklah dah tak boleh tunggu dah tu yang trus pegi e@Curve.  Fuh lega bila tiket masih belambak petang sampai ke malam...

Mula-mula je dah terjatuh cinta dengan lagu merdu nyanyian Hafiz (Untuk Kamu),  bila tengok je Encik Haris (Aaron Hariz) bersuit putih, berkasut putih keluar dari kereta...OMG, tersenyum sorang-sorang itu baru dalam screen blum ' LIVE in person' lagi...*pengsan* walaupun sebelum ni pernah terserempak dengan dia n family kat e@Curve tapi masa tu belum sampai ke tahap minat dilambung ombak lagi..ish ish ruggiiiiii





Buat pertama kali rasanya Maya Karin yang cantik moden bergaya ni berlakon jadik gadis kampung memegang watak sebagai Izzah (isteri rahsia/ perempuan simpanan Hariz) sopan santun, manis bertudung, baik...lakonan yang mantap cuma ala-ala gadis kampung cakap 'slang', nak kata 'slang' omputih tak sangat cuma slang indon skit.  Apa-apapun lakonan MK berjaya menyentuh hati ramai penonton termasuklah diriku yang lemah ni terasa tersentuh lantas menitiskan air mata sendu membasuh luka...*side effect bila tengok citer ni trus mood jiwang* ;-) Tak percaya?? test tengok nangis ke tak?


Mata ni rasa tak berkedip tertumpu pada ke-machoan & ke-sasaan Hariz langsung terlupa nak tengok pelakon-pelakon sampingan yang lain walaupun mereka tu pun tak kurang hebatnya.   Tapi yang pasti bila perasaan simpati, kesian terhadap Izzah menyelubungi jiwa ditambah pulak dengan tangisan macho Hariz...mulalah keluarkan tisu *apalagi banjir*.  Benci dengan kesombongan Datuk Sufiah (ibu Hariz) lakonan Azizah Mahzan serta kegedikkan Mila (Lisa Surihani) yang tergila-gila nak kawin ngan si Hariz tu cuma bila dah terlampau biasa tengok lakonan Lisa jadi budak baik je tetiba tengok dia bawak watak ni macam berat skit, kurang 'umppphhhh'! Cantik tetap memang sangat gorjes make up & dressing dia sume. 

Tahniah kepada pengarah, penata lagu filem ni memang lirik lagu sangat blend dan meninggalkan kesan mendalam kepada sesiapa yang menonton.  Siapalah agaknya pencipta lagu-lagu hebat nyanyian Hafiz & Adira yang mendayu-dayu merdu serta menaikkan lagi populariti Ombak Rindu. Bukan lagu je boom...Novel dia pun laris di pasaran.  Baguslah bagi keuntungan besar bagi semua pihak!  Novel dia RM19.90 ada jual kat MPH.  Misi kedua nak carik cd OST Hafiz & Adira, tadi Mhubs carikkan kat Rock Corner & Speedy takde..kalau you all tau kat mana nak beli tolong bgtau ye! Please...please...Tq

Okay....Selamat Hari Natal kepada yang menyambutnya!



p.s: Nak sambung baca Novel jap...*Chapter 50*  ;-)

2 comments:

Sue said...

muahahahaha lawaks...nanges sorok2 hihii...selamat membaca novel. pada aku, aku lg suka novel..lagi dibuai2 perasaan baca

Posh said...

Itula Su, adik aku gelakkan orang sblah2 menangis last2 kakak dia pun sama...uhukkkkkkk:-(. Kalaula dari dulu tau citer ni best dah lama baca Novel kan...haihhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...