Ramai yang tanya soalan ni pada saya selepas pulang dari JPO : "Was it worth going there all the way to Johor to shop and yet you can find all the boutiques here in KL? Berbaloi tak? Jawapannya terletak pada diri sendiri sebab bergantung pada apa yang uol nak beli ataupun uol saja nak jalan tengok-tengok sekadar nak tau macamana premium outlets baru bukak dekat Johor ni. Kalau tanya saya apa-apa yang berkaitan dengan SHOPPING jauh ke dekat, luar atau dalam negeri semuanya enjoy & worth it..hehehe
Tapi kalau kita keep on comparing the price with US, Korea bla..bla..bla memanglah harga tak semurah mana cuma kalau fikir-fikir balik flight ticket, accommodation & currency exchange ke luar negara dah brapa pulak kan. So apasalahnya kita majukan industri shopping tanahair! Even Singaporean pun sanggup beratur nak masuk outlets datang shopping and jalan kaki jauh bila parking dah sesak towards petang especially musim cuti macam Krismas baru ni. For them memangla murah because of currency dia tinggi. CNY Holidays next month Jan 2012 fuhhhh... I can imagine the kesesakan already!
Sangat bangga Malaysia ada such premium outlets yang sestandard antarabangsa secara tak langsung melayakkan rakyatnya membeli barang-barang jenama bermutu tinggi mengikut kemampuan masing-masing. Ada sedikit perbezaan, yelah kalau dekat JPO sesiapa saja boleh masuk Burberry, Coach Factory, Salvatore Ferragamo, Canali tanpa rasa segan atau bimbang kalau-kalau salesperson tu pandang slack macam 'e'eleh makcik ni ada duit ke nak beli' macam kat sesetengah hi-end boutique in KL *contohnya* ...so in a way JPO is meant for all walks of life regardless of who you are!
See you again....
JPO daily operating hours from 10am - 10pm
Food Court - Food Channel (HALAL)
p.s: tapi masa hari tu macam ada lalat attack kat Johor sampai kakak cleaner kat JPO terpaksa sembur-sembur dettol. Pernah gak masa pi Pangkor Island Beach Resort dulu ada 'musim lalat' kat sana bukak je sliding door siap penuh lalat hinggap kat atas katil sangat euwwwww okay..lebih kurang camtu la hari tu tapi takde sampah or what compound sume bersih just lalat attack! Kena tanya orang Johor la camtu.
2 comments:
ahahha.. okay. this is interesting. Thank you for your review. Made me keen to visit JB again!
My pleasure...;-) yezz..you should CNY sale coming up soon.
Post a Comment