Wednesday, November 9, 2011

Muscat, OMAN *Final Day*....

Hari Keempat a.k.a Last Day in Muscat - 9hb Jun 2011

Disebabkan flight pulang ke tanahair pada waktu pagi so takdelah time nak pegi mana-mana pagi tu selain lepak-lepak kat Hotel breakfast sebelum tunggu pick up datang. Tapi malam sebelum tu kami ada gi Mutrah Souq beli barang di malam terakhir ialah souvenir untuk sahabat handai, rakan taulan dan sedara mara kan. Orang kata biar kecik asalkan ingat..."the thoughts that count" :-)

Jom kita tengok apa yang popular kat SOUQ ni selain Abaya (Jubah hitam wanita) dan Dishdasha (Jubah putih lelaki Omani) macam  dalam gambar ni...




Tak kiralah dia penjual ke pembeli ke even pegi ofis pun diorang pakai macam ni...wow! mula-mula sampai kat Airport hari tu pun terasa macam kat masjid ramai kalau kita kat Malaysia selalu Tok Imam je pakai camni yelah kalau gi masjid ataupun surau la kan. 


kacang-kacang...rempah ratus...coklat bentuk macam batu aquarium tu banyak jual kat Souq tapi Nizwa Souq lagi best kalau nak beli rempah ratus hampir kesemua kedai-kedai kecik kat situ jual benda yang sama harga pun murah sikit berbanding dengan Mutrah Souq.  Kalau nak beli jubah, souvenir  Mutrah la tempat tumpuan pelancong, tu yang peniaga kat situ mark-up harga)

Khanjar ni *a traditional dagger of Oman* sangat sesuai kalau nak bagi sebagai souvenir tapi kalau yang besar harga dia pun mahal la..kalau nak murah beli khanjar keychain dahla, itupun RM20 satu (1 Omani Rial = RM8 duit kita) dah macam pound sterling pulak.  Tapi dengan 1 Omani Rial dah boleh dapat satu pashmina (scarf). 





Pakcik ni salah seorang pembuat khanjar yang berpengalaman tapi kebanyakan lelaki Omani diorang masih bekerja dan berniaga sampai usia dah tua tahap atok-atok la. Kekadang kedai tu turun temurun dari tok moyang dia dan satu lagi kalau nak ambik gambar diorang kena tanya dulu HARUS....kalau tak dia marah siap la. Gambar ni pun cepat-cepat ambik takut dia komplen.

Tapi memandangkan tujuan sebenar saya ke Muscat, Oman bukanlah untuk bershopping sakan dan berfoya-foya tapi adalah pada dasar kerja shopping pun ala kadar je lah. Kalau ada rezeki lagi boleh datang lagi kan..Insya'allah! ehem...begantung pada tugasan dari 'Mr. Klien' ;-)

oh ye kalau nak tau lebih lanjut pasal program ini bolehla baca artikel yang disiarkan dalam majalah kat bawah ni....*tetiba terselit jugak gambar empunya blog tootttt* hahaha


ada beberapa lagi artikel dalam entri sebelum ni "klik & baca"

Time to say goodbye to Muscat...walaupun hanya 4 hari 3 malam tapi rasa macam banyak tempat dan banyak sejarah Oman yang dapat diketahui....




Penerbangan dari Muscat ke KLIA mengambil masa selama lebih kurang 8 jam. Kalau nak tau flight schedules and destinations lebih detail lagi boleh layari website OMAN AIR *klik je*

Dulu masa kerja kat yellow telco, duty travel paling jauh Bangkok and Vietnam. Alhamdulillah, walaupun working from home masih ada peluang untuk pergi duty travel lebih jauh lagi.

Orait..akhirnya siap jugak jurnal yang terperap selama 5 bulan lamanya ni. Lain kali balik je dari travel mana-mana trus buat entri takpun buat pre-post tinggal masukkan gambar je eh boleh camtu *yelah janji2 manis pada diri sendiri*

Bubbye!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...