Salam Semua,
Lamanya tak mengupdate belog ni..semenjak dua menjak jadik pengunjung tetap KLIA tak cukup masa nak dok depan lappy berkongsi critera harian. Bergoni-goni gambar yang nak di upload aduhai kali ni betul-betul 24 jam tu memang macam 12 jam je sehari terkejar-kejar kejap kat KL meeting ngan clients,events, masak untuk berbuka pas tu balik AS pulak 2-3 hari jaga Gramps kat Hospital balik KL semula. Kalau tak kerana komitmen pada kerja dah lama dok kat AS tu truss menerus. Fuhhhhh...memangla penat tu penat tapi Ramadhan kali ni macam tak rasa tetiba dah lebih 2 minggu puasa semakin hampir ke Syawal.
Kisah sambungan entri-entri sebelum ni semuanya tergendala termasuklah gambar-gambar kat Muscat, Oman yang beribu terperap dalam CD album. Apa nak buat kesuntukan masa & kepenatan serta kemengantukan yang teramat bila malam menjelang. Sementara nak menunggu kelapangan masa yang tak taulah bila zaman nak membelog pasal gambar tu dan yang lain-lainnya lagi takpe meh la nak share story trip pegi Oman hari tu....
Media coverage dalam Oriental Daily. Oopss! macam la uols paham je nak baca, perkataan yang paham pun "The Sultanate of Oman"... kan ;-)
Tapi jangan risau ada satu lagi dalam Mingguan mStar yang ni Bahasa Ibunda...saja je nak share sedikit sebanyak pasal kerja.
Wokayla Gramps pun dah tido nyenyak lepas makan ubat, tengok dia sedih, kesian, bimbang ye la lama sangat baring & duduk tak keluar jalan-jalan bayangkan brapa tak selesa, rimas & depress dia. Ohh btw, baru je sampai malam ni ngan Boboy, minggu ni balik AS awal sikit sebab Boboy pun dah habis exam & my events pun minggu ni dah kawtim.
'Menaip dalam keheningan malam yang sunyi di Wad Bunga Raya'...
Selamat Malam!
2 comments:
lama x see u around.. hope u r doing fine.. :)
tu la lama tak berblogwalking was bz being a nurse to my grandpa up n down KUL-AS-KUL.Sedih la ramadhan & raya taun ni without him at home :-( u take care!!
Post a Comment