Hari khamis malam jumaat baru ni, dapat jemputan ke Majlis bacaan Yassin & Tahlil arwah di rumah CPM (Cik Puan Muda Naza, geng ex-Yellowans) kat Kemuning Ville. Aturcara majlis macam biasalahkan lepas sembahyang maghrib dalam pukul 8pm ada bacaan yassin, oleh kerana kami telajak sikit ataupun boleh dikatakan tersesat ke Kemuning Hills lambat la sampai orang dah baca separuh baru sampai tapi yang penting sempat gak carik muka surat mana ustad tu tengah baca...fuhhhh
Apa-apapun layanan tuan rumah yang sememangnya 'tip top', '1st class', penuh kemesraan dulu, kini dan selamanya membuatkan hati tersentuh dan terharu nak nak bila ustad tu sebut nama arwah Bonda tercinta masa doa Tahlil sayu je hati sebab dah lama jugak kami adik beradik tak buat majlis bacaan yassin dan tahlil untuk "Mama" seperti tahun-tahun sebelumnya sejak kami sibuk dengan perkahwinan Nicko tujuh bulan yang lalu sehinggala sekarang :-( Insya'allah tak lupa kami akan sentiasa mengirimkan doa untuknya...
Sampai-sampai je dah dapat "door gift" ....
ada kupu-kupu comel...
kalau tadi untuk Kaum Hawa, kopiah ni pulak untuk Kaum Adam...
bila tengok Kurma Mekah yang Mommy CPM bawak ni teringat pulak Ramadhan yang semakin hampir ni...
Sebenarnya tiga-tiga gambar kat atas tu diculik dari FB CPM...jangan marah ha (maklumla dah sampai lambat kan tak sempat nak amik gambar setiap sudut) ahaks :-)
Tapi gambar buffet line "FOOD" tetap mesti ada....
coqbadaq pun ada...
Yeay yeay....dessert! siap Special Request: APAM POLKA DOT
Tq CPM *ngeee*
Tq CPM *ngeee*
pudding...! tak sempat nak rasa sebab dah kenyang...
pudding apa lupa nak tanya...
pudding apa lupa nak tanya...
Teh Tarik yang menjadi rebutan Baze & Sheem... Semua sajian di atas disediakan oleh PARTY POT
gambo ni gegorr...tapi janji duduk bersimpuh sambil menikmati hidangan...*wink*Aktiviti selepas Ustad dan para tetamu lain balik, apalagi kami pun seperti dolu2 lah...
bermaaf-maafan tanda persahabatan...
bagi idea kepada company2 di luar sana nak buat kad raya korporat taun ni...
fokus imej: Carpet baru tuan rumah kami pulak yang jadik Props :-))
semua muka dah pucat lesi baze siap lentoq lagi...! berposing tak jugak habis...
Okay la gambar kat gate "TAHAJUD CINTA" Tuan Muda Razman (R) & Cik Puan Muda Naza (N) ni kira "The End" la tapi tutup gate untuk sesi begambo je bukan bermakna nak halau kami or suruh kami balik sebab lepas tu memang kami tak balik-balik pun.."kita minum Sarsi dulu"...hihi
Masa 2009 dulu kami ada gak datang majlis yang sama cenni kat rumah CPM samalah kira "Our Reunion" sekali cuma TEMA or THEME pakaian berbeza. Kalau taun ni temanya JUBAH, dua tahun lepas....
RED Raya (majlis ni masa dalam bulan Syawal)
Senyuman manis dan kegembiraan terpancar di wajah masing-masing dalam semua gambolah. Yelah kan sekali-sekala jumpa dalam acara yang penuh keberkatan macam ni...Alhamdulillah. Terima kasih kepada tuan rumah serta PARTY POT.
Kalau sesapa nak buat apa-apa parti harijadi ke cukur jambul ke apa-apa jelah yang berkaitan dengan majlis makan-makan kat ofis, rumah ke bolehla gunakan khidmat PARTY POT cakap je dengan CPM berapa budget anda dan apa yang anda nak belon gas, clown tembam..cekeding, goody bag... macam-macam ada, dia boleh organisekan yela takkan birthday sendiri nak buat untuk diri sendiri kan. Apa lagi call je PARTY POT/CPM di nombor yang tertera : 016-2085473 (Kemuning Ville)
Wassalam....
No comments:
Post a Comment