Sinopsis:
Khurafat mengisahkan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam diantara manusia dan syaitan, sesuatu yang amat ditegah dalam agama suci kita. Tapi manusia tanpa mengira akibat .. membelakangkan Allah, disokong dengan nafsu dendam serakah akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan..
Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah. Pasangan ini diawal perkahwinan hidup aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda dipertengahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Bermacam-macam usaha telah dilakukan namun gangguan itu tetap berterusan...
Rasanya ramai yang dah tengok filem ni sebab dah pun dua minggu ditayangkan di Pawagam. Apapun nilah movie yang kami tengok semalam. Trailer promo Khurafat ni pun dah cukup menyeramkan...*Link to Offial Trailer*
Bila I tengok trailer filem ni skali je dah tak sabar nak tengok siap ada bacaan ayat-ayat Al-Quran tu yang menambahkan lagi ke'thrill'an citer ni. Tapi kalau sesiapa yang memang tak suka ataupun takut yang teramat sangat dan 'lemah jantung' dinasihatkan JANGAN! Selama 1 jam setengah tu memang bertubi-tubi kejutan...hantu dia memang sangat ngeri *eeee...terbayang muka dia* Ramai yang tutup muka & get ready nak menjerit termasuklah orang kat sebelah saya *ada la..* lawak lawak;-) Bukan kaum Hawa je yang menjerit *even sebelum hantu tu kluar* kaum Adam pun sama..auwwww
Memandangkan I ni peminat filem bergenre: Horror ataupun Seram, tak kiralah filem Melayu, Indonesia, Thai, Korea, Jepun, Hollywood semua I tengok, jadi sudah semestinya nak membandingkan dan mengkritik;-) Di samping berjaya menimbulkan tahap ngeri & seram yang boleh dibanggakan, filem Khurafat ni ada juga kelemahannya dari segi pemilihan pelakon, watak & storyline. For instance, watak Liyana Jasmay sebagai Aishah iaitu isteri kepada Johan lakonan pengarahnya sendiri Syamsul Yusof, I think she's a bit too young for the character, she looks like a secondary school gal to me and under age to be his wife. Satu lagi watak Mariani sebagai cleaner lady, macam takde kaitan sangat.
'Johan & Aishah'
*photo credit to Khurafat FB fanpage*
*photo credit to Khurafat FB fanpage*
pssstttt....Malam Jumaat ni, crita-crita pasal Hantu lagi dah la semua orang dah tido ni:-( errrrrr...okay lah ye!
Selamat Malam...
p.s: My niece, Damia pun mengikuti jejak langkah 'Aunty' dia ni suka tengok filem seram since she was in standard one & now she's going to be 11 *already in standard five* walaupun sebenarnya dia seorang yang penakut but still nak tengok jugak..haihhh! Okayla, one day I'll 'introduce' her properly here and cerita panjang lebar pasal the one & only lil princess in our family;-)
2 comments:
Takut la tengok filem Khurafat ni pasai tu tengok sambil tutup muka. Asyik dok terkejut saja! Nak ajak balik pun ada sebelum habis cerita. Best jugak cerita ni, much better dari cerita hantu Melayu sebelum ni.
macam pernah dengar la..orang ajak balik tapi dimana ya mwuaahahha;-) Ala filem org belakon je pun takut ish ish ish
Post a Comment